Lapisan Jam Protokol_Masa_Rangkaian

Panah kuning menandakan sambungan langsung, panah merah menandakan sambungan rangkaian. The U.S. Naval Observatory Alternate Master Clock di Pengkalan Udara Schriever, Colorado merupakan sumber Stratum 0 bagi NTP

NTP menggunakan sistem berhierarki, separa-berlapis tahap sumber jam. Setiap tahap dalam hierarki ini digelar stratum dan diberikan nombor lapisan bermula dengan 0 (sifar) di puncak. Tahap stratum mentakrifkan jaraknya dari jam rujukan dan wujud bagi menghalang kebergantungan siklik dalam hierarki. Adalah penting menyedari bahawa stratum bukanlah petunjuk kualiti atau keutuhan, adalah biasa mendapati sumber masa "stratum 3" yang berkualiti lebih tinggi berbanding sumber waktu "stratum 2". Pengtakrifan "stratum" juga berbeza dengan tanggapan lapisan jam yang digunakan dalam sistem telekomunikasi.

Stratum 0Ini adalah peranti seperti jam atom (sesium, rubidium) , jam GPS atau jam radio yang lain. Peranti Stratum-0 secara tradisi tidak disambung kepada rangkaian; sebaliknya ia disambung tempatan kepada komputer(contohnya., melalui sambungan RS-232 menggunakan isyarat Denyutan sesaat.Stratum 1Ini merupakan komputer disambungkan kepada peranti Stratum 0. Biasanya ia bertindak sebagai pelayan bagi pemasaan permohonan dari pelayan Stratum 2 melalui NTP. Komputer ini juga dikenali sebagai pelayan masa.Stratum 2Ini merupakan komputer yang menghantar permohonan NTP kepada pelayan Stratum 1. Biasanya komputer Stratum 2 akan merujuk kepada beberapa pelayan Stratum 1 dan menggunakan algoritma NTP untuk mendapatkan contoh data terbaik, meninggalkan sebarang pelayan Stratum 1 yang jelas silap. Komputer Stratum 2 akan will setara dengan komputer Stratum 2 lain bagi memberikan masa yang lebih stabil dan tahan bagi kesemua peranti dalam kumpulan setara. Komputer Stratum 2 biasanya bertindak sebagai pelayan bagi permohonan Stratum 3 NTP.Stratum 3Komputer ini menggunakan fungsi NTP yang sama bagi setara dan contoh data seperti Stratum 2, dan diri mereka juga mampu bertindak sebagai pelayan bagi lapisan lebih rendah. NTP (bergantung kepada versi protokol NTP yang digunakan) menyokong sehingga 256 lapisan.